Sepi sendiri di menara IPT....


Untung, saya masih bercuti. Alhamdulillah


Walau kadang terpancul juga keluhan demi keluhan, gara-gara cuti yang terlalu panjang hingga saya jadi terlalu bosan. Bosan hanya bila perancangan masa cuti tak mahu diikuti semahu hati. Salah saya juga yang tak pandai membahagi masa, tak memaksa jiwa untuk setia pada randiknya . 



Sedangkan, saya tahu,  pemilik tarbiyah itu harusnya adalah hamba yang urusan hidupnya rapi-rapi belaka. Tiada yang sia-sia dengan pembaziran masa. Waktu cuti rehatnya juga, dimanfaat sebaiknya.


Cuti. Saya suka cuti. :) . Sama macam kebanyakan orang lain. Pencinta cuti <3.


Dulu, bagi saya cuti ini umpama satu tempat berhenti. Berhenti dari perjalanan di IPT yang kadang kala buat saya rasa sangat sepi. Sepi seorang diri. Sepi menyendiri. Sepi tanpa sahabat-sahabat yang selalu menasihati, membimbing diri, mnghadiahkan pelangi. Sepi dari sang murobbi yang selalu menabur mutiara islami dalam mendidik peribadi. Sepi dari suasana tenang menyulam tarbiyah imani. Sepi dari sebuah sistem pertahanan, yang temboknya terbina untuk menepis debu noda dari bersarang dalam hati.

Tapi, itu dulu. Sebelum saya benar-benar jumpa satu bahagia yang sentiasa saya punya untuk diisi pada ruang sepi itu.

Maka, buat yang masih rasa sepi di IPT seperti mana yang pernah saya rasa, mari bersama kita cari bahagia.  Bahagia itu diukur oleh jiwa. Jiwa yang akan merasa. Biarkan jiwa yang cari bahagia. Agar hilang sepi semntara, berganti dengan bahagia yang selalu akan kunjung tiba.

Mari  kita ajak jiwa untuk....



1. Mantapkan penerusan tarbiyah dzatiyah

Tarbiyahh dzatiyah=mentarbiyah diri sendiri. Tingkatkan prestasi iman dengan usaha sendiri. Hebatkan langkah dengan motivasi dari diri. Majukan semangat dengan laungan dalam hati. Inilah kekuatan terbaik yang boleh kita janakan bila diri tak ada yang peduli. 
  
Kita rasa tak dipeduli, tak ada orang nak berjuang sekaki di medan sini, tapi apabila kita pilih untuk mentarbiyah diri sendiri, bermakna kita telah memilih agar biar Allah yang temani, bimbingi, dengari, papahi, dan cintai di saat tiada manusia yang sudi. Maka, adakah yang lebih menenangkan dan membahgiakan dari temanan, bimbingan, papahan dan cinta Allah?

Mungkin dahulu, kita berada dalam zon selesa. Zon di mana iman mudah dicharge semula. Zon punya sahabat dekat di mata. Zon di mana rasa iman sentiasa ada, mutiara tarbiyah di mana-mana dan murobbi sentiasa sedia menyalur kata. 

Dan kini, zon itu sudah tiba di akhirnya. Kita tak boleh berlama-lama dalam bermanja dengan selesa. Harus jadi lebih tegar merawati diri sendiri sepanjang jalan yang penuh taburan duri.


 
2. Usaha sekudrat mungkin untuk meneruskan halaqah dan program2 dNt 

Minta pada diri untuk hubungi mereka-mereka yang boleh memberi masa untuk kita berhalaqah/usrah bersama. Yang boleh diajak saling mentarbiyah semahunya. Yang boleh berpijak di medan dakwah seinginnya. 

Cari di mana sahaja ada majlis/program untuk sama-sama beringat kembali kepadaNya. Minta agar dapat duduk bersama di dalamnya agar langkah ke syurga tidaklah terpesong sahaja. Usahakan untuk terus terikat ketat dengannya agar tidak menjadi layang-layang yang terputus talinya. 

Ikat ketat, bukanlah maksud diikat selama-lamanya. Sampai masa, ikatan akan dibuka semula untuk diikat di tempat seterusnya pula. Cuma biar di mana ia diikat, ikatannya erat sentiasa.

Biasanya, kita malu untuk meminta-minta. Menyusahkan orang kata kita. Menyebok tah apa-apa. Biarlah kita yang sengsara.

Tapi lupakah kita, yang kita minta itu bukan sekadar untuk kita tapi juga jadi bekalan akhirat untuk mereka. Mereka memberi yang baik-baik, maka mereka juga akan dapat yang baik-baik. Jangan risau tentang mereka, sudah jadi tanggujawab mereka untuk menatang kita selayaknya. Mereka juga dapat syurga. Maka, tak ada apapun yang susahnya. Sama-sama boleh bahagia.

Hubungilah mereka-mereka bila rasa perlunya bersama.



3. Sediakan sahabat-sahabat sekeliling yang boleh mndekatkan dengan allah.

Pernah dalam satu forum sewaktu saya di usim, seorang senior ada mengatakan..

" kamu merasa kehilangan sahabat-sahabat dahulu yang menguatkan kamu,  sehingga sekarang  kamu jadi lemah tanpa mereka. Kamu mengeluh dan bersedih sendirian. Tapi, bukankah lebih indah jika kamu mampu jadikan kawan-kawan baru di sekeliling kamu ini sama seperti mana sahabat-sahabat yang menguatkan kamu dahulunya??''.

Benar katanya, inilah masanya kita menukar suasana. Biar kawan-kawan yang ada di sekitar kita sekarang ini juga mampu menguatkan kita seperti sahabat yang dulu kita punya. Biar rupa berbeza, tapi ciri dan kefahaman islamnya sama sahaja. Sama maupun lebih baik. Mereka juga mampu kita jadikan sahabat ke syurga.  

Yang patah hilang, yang tumbuh berganti.hee.. :)

Cuma, membina perubahan itu perlu ada tangan yang menggerakkannya. 

Bukan sekadar bermadah kata. Bergelak tawa. Bermanis mesra. Maka, jika kita ingin mereka begitu, tanamkanlah benih tarbiyah yang pernah ada pada sahabat-sahabat kita juga di dalam jiwa mereka. Baru tumbuh mereka jadi pohon kader dakwah islamiah. Penggerak tarbiyah. Pengamal sunnah.



Penutup


Sekadar apa yang pernah saya rasa. Dari ini-ini lah saya peroleh bahagia. Dan dari ini-inilah sepi saya beransur tiada. Moga anda juga dapat manfaat bersama.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

nota kaki: 

ada sedikit point istimewa di situ, untuk ditujukan buat sahabat saya yang sendirian di iptnya sana. Moga-moga allah jaga. 

Terus doakan saya ya..! :) 


Comments

  1. terasa..huhu. bnda yg slalu mp ckp, tp km slalu xnk buat n bg alasan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee..sma la ana pon..tga cuti ni, lain rasa..t da msuk, lain plak rasa...he..y pntg, doakan ana ya..:)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. salam ziarah & ukhuwah :)
    suka post ni.. syukran atas peringatan untuk kita renung bersama ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. afwan..moga sedikit manfaatnya dapat sma2 kita jadikan kekuatan untuk meneruskan perjalanan.. :)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts