Wednesday, 27 June 2012

Menjejak gerbang 'musim bunga'...bersediakah kita??


Ramadhan. Ya. Haruman musim bunganya sudah kian terasa, namun langkah masih tetap belum bermula.


Memang lambat, baru kesedaran ini hinggap di benak saya. Sedar, tapi kesedarannya belum cukup ampuh untuk menginjakkan saya untuk terus melangkah menghampiri Ramadhan ini dengan himmah yang sebenarnya. Maka, kerana itu saya coretkan post ini buat mereka-mereka yang seperti saya.

Merasa..tapi masih belum bersedia...

''Kalau hamba-hambaku mengetahui apa yang ada dalam bulan Ramadhan, nescaya mereka bercita-cita sepanjang tahun adalah Ramadhan.."

Detiknya kian hampir. Jujur saya katakan di pihak saya, saya jadi kian takut. Takut jika Ramadhan kali ini juga saya bazirkan seperti Ramadhan-Ramdhan yang dahulunya. Maka, azam saya barakan. Sebelum berlari dari gerbangnya, bekalan sedia harus saya titipkan bersama agar larian tak tenat di pertengahan.

Justeru, mahu sedia yang bagaimana?

Nah, persediaan ini yang perlu kita janakan bersama :


1. Lakarkan kemenangan di kertas harapan.

Maksud saya, mari bilang pada diri, apa yang ingin dikecapi nanti. Ramadhan yang berjaya bukan? Berjaya yang bagaimana? Atau mahu lebih dari itu? Lalu, tebarkan harapan seindah mungkin, segemilang mungkin.
Kerana tanpa harapan, perjalan tinggal harapan, sekadar perjalanan, lemah tanpa kemenangan.

Ini, saya kepilkan sebuah babak dari ''Alice In Wonder Land''.

Ketika Alice sedang berjalan-waktu itu dia tidak tahu jalan mana yang harus diambil. Tiba-tiba muncul kucing kecil, maka ia pun bertanya pada kucing itu,'' Wahai kucing, kemana harus aku pergi?'' Lalu, kucing itu bertanya semula, '' Kau ingin pergi kemana? Ia menjawab, ''Aku tidak tahu.'' 
Dan kucing itu membalas, ''Berjalanlah di jalan yang mana pun sahaja. Selagi kau tidak tahu ke mana kau mahu pergi, maka semua jalan adalah sama saja!''

Ibrahnya, tentukanlah kemenangan seawal perjalanan sya'aban. Bimbang di pertengahannya jadi suram kerana tidak tahu arah mana untuk mencapai kejayaan taqwa yang gemilang.

Bicara pada hati yang satu, lakarlah mimpi walau beribu, agar tahu apa yang harus diburu.


2. Latihan memanah nafsu harus sudah mengorak di kalbu.

Seorang tabi'in ada mengatakan, '' Sesungguhnya sesuatu yang harus anda lawan pertama kali adalah nafsu yang mengelilingi anda.  Jika anda mudah menang melawan nafsu, anda akan mudah mengalahkan yang lain, tetapi jika anda kalah, anda akan lebih mudah kalh dari yang lain..''

Mengidamkan kemenangan beroleh taqwa di penghujungnya nanti, tidak pantas jika hanya bersenjatakan kekalahan dengan nafsu sendiri. Maka, kalahkan nafsu sendiri jika ingin taqwa datang menemani.

'' Tidakkah kamu melihat siapa yang mengambil nafsunya sebagai sembahan.'' ( Al- furqan:43)

Dulu, kata saya, dalam Ramadhan inilah nanti akan tercetus peperangan dengan diri, harus kuat tembusi nafsi. Tapi, hakikatnya, saya tertipu dengan kata sendiri. Tembusi nafsi itu bukanlah nanti. Nanti di Ramadhan nanti. Bukan. 

Peperangan itu harus sentiasa. Ada mula, tapi tiada hujungnya. Jangan hentikan ia serta merta, merata-rata. Harus sentiasa. Setiap masa. Jika di gerbang baru nk sedia, maka parahlah jadinya, susahlah nantinya.

Benar, Ramadhan ini madrasah taqwa. Institusi mendidik taqwa. Tapi, sebelum madrasah dituju, harus ada kelengkapan yang padu. Saya contohkan di sini, jika ingin ke sekolah, maka buku, pensel, pembaris dan pemadam harus menjadi kelengkapannya. Maka, di madrasah Ramadhan ini, memanah nafsu adalah kelengkapan yang pasti.

Abdullah bin Umar pernah memberi wasiat kepada teman-temannya, ''Mulailah dengan nafsumu, maka lawanlah. Dan mulailah dari nafsumu, maka perangilah.''


3. Doa yang tak terhingga, yang mengalir dari jiwa.

~ Ada para sahabat Rasullah yang berdoa 6 bulan agar Allah temukan mereka dengan bulan Ramadhan dan  6 bulan seterusnya berdoa agar Allah menerima amal ibadah mereka.. ~

Mereka begitu serius dalam berdoa, apatah pula kita yang hamba biasa. Harusnya lebih dari mereka. Doa biar dari jiwa. Sirami dengan air mata. Katakan pada Dia, yang kita terlalu mahu bertemu Ramadhan milikNya. Sangat inginkan Ramadhan yang penuh bahagia.

Cuma, biar kali ini, dengan persediaan yang hanya secebis ingin dijalani, moga Dia sudi hadiahi kita bunga taqwa dari syurga firdausi. 


Terus doa selari usaha. :)

Penutup



Kesimpulan saya, sebelum ia tiba, harus bersedia agar nanti ia lebih bermakna. Tanpa sedia, bimbang jadi sekadar biasa. 
  
Tolong doakan saya yang juga masih belum sedia. Moga Dia terus pelihara. :)








Tuesday, 26 June 2012

IMPAK SPM! Membumikan -->mode : antara redha dan syukur

Post ini saya coretkankan istimewa buat adik2 yang bakal mengambil keputusan peperiksaan spm 2010. Dengan harapan..moga tenang2lah adik2 menanti jawapan esok yang bakal tiba..

Adik2 harapan ummah..

Nadi ukhwah ini turut sama merasakan getaran yang dirasai oleh adik2 saat ini. Kerana langkah ini juga pernah melalui detik2 itu. Detik sebuah noktah perubahan tercipta. Detik Allah menyampaikan kasihNya buat kita yang bergelar hambaNya. Detik semua penantian kita tiba di akhirnya. Detik doa2 kita mendapat jawapan dari Allah.

Esok dan Jawapan doa dari Allah


Benarkah Allah bakal membenarkan permintaan kita. Benarkah perit jerih kita selama ini kan terbayar pahitnya? Benarkah hari esok akan membungakan wajah ibu dan ayah. Benarkah hari esok ceria pelangi akan terus menyinari hidup kita? Benarkah hari esok cita2 dan harapan bukan lagi sekadar bicara? Benarkah hari esok dunia masih bermakna untuk kita?

Atau esok menanti satu ujian lagi. Ujian setelah beribu ujian dilalui. Ujian demi ujian. Ujian yang pasti membuatkan kita karam dalam lautan kedukaan andai tidak perpaut pada keyakinan pada janji2 tuhan..

Adik2 generasi islam hakiki,

Sama2 kita koreksi diri. Sebagai hamba apalah saja yang kita punya. Tiada. Sedang Allah Pemilik segala.

Maka. Dalam kegelisahan, dalam getaran ini mari sma2 kita mendampingiNya untuk memgemis secebis simpati agar esok lebih bererti. Bukan bererti kerana kejayaan yang dimiliki, tapi bererti kerana Kasih dan redhaNya sentiasa menemani. Bereti kerana jawapan dariNya bukan sekadar natijah peperiksaan tp sebuah nokhtah perubahan. Jawapan doa yang mendekatkan lagi kita sebagai hamba dengan Dia, pemilik jiwa. Jawapan yang menyegarkan jiwa agar terus subur di ladang dakwah dan tarbiyah. Jawapan yang membuatkan kita lebih yakin bahawa hidup ini ada yang punya. Jawapan yang membuatkan kita sedar hidup di dunia bukan semua ceria agar kita lebih tertarik dengan keindahan di syurga yang abadi selamanya. Jawapan yang membuatkan kita lebih mengenali diri sebagai hamba Dia yang paling Berkuasa.

Natijah peperiksaan esok bukanlah segala-galanya. Namun sekadar kayu ukur sejauh mana kita sebagai hamba dalam meyakini Allah yang mencorakkannya dalam sesudut ruang dalm hidup kita.

Andai Esok Natijah Peperiksaan Indah

Bergembira dan berterima kasihlah kepada Dia yang menghadiahkan. Syukur. Penuh yakin ia sekadar pinjaman bahagia dari tuhan yang Esa. Dan kita sebagai hamba kena terus meminta agar bahagia ini bukan sebentar sahaja, bukan sekadar itu sahaja tapi bahgia kekal sampai syurga biar ia bhagia yang menjadikan jiwa lebih akrab dengan Dia, Pemilik Syurga.

Natijah Peperiksaan bukan menggambarkan segalanya tentang jawapan dari allah. Sekadar ujian tahap syukur kita sebagai hamba. Usah menduga kejayaan selamanya kerana ia skadar pinjaman dariNya. Terus bersyukur dan bersyukurlah. Kerana kita hanya hamba dan selamanya akan terus menjadi hamba.

Andai Esok Natijahnya Memberi Duka

La tahzan. Redha. Sabar dan terus sabar. Allah x pernah zalim terhadap hambaNya. Bukan bererti Allah x menjawab doa kita tapi Allah kan Maha Mengetahui. Allah menjawab doa kita dengan hikmahNya. Allah Maha bijaksana. Ada yang lebih baik Allah sediakan kita di hari mendatang. Andai sabar kita tebalkan, andai redha kita kukuhkan dalam hati nescaya cinta dan kasihNya pasti kan dirasai. Percayalah adik2.

Saya telah merasai. Kerana itu coretan ini dikongsi

Jangan ditangisi kegagalan ini, kerana hakikatnya ini bukanlah pengakhiran untuk segalanya tetapi permulaan kepada sebuah perjalanan baru mencari dan mengenal tuhan pemiik alam.
Redha dan terus redha. Positif dengan Allah kerana di situ terletak kunci ketenangan dan kekuatan untuk meneruskan lagi perjalanan munuju Ad’n..

Penutup


Adik2 tercinta ku, pejuang agama..

Jangan terlalu takut akan lukisan masa hadapan. It has not even created yet. Give your best for today, then allah will give you a better tomorrow. Have faith. Esok pasti lebih baik andai setiap nafas hanya untuk allah, setiap amal hanya untuk deenNya, setiap pengorbanan hanya untuk meneruskan risalah rasulNya, setiap kelelahan hanya untuk ummah tercinta. Berbekallah adik2ku untuk hari esok.

Sediakan jiwa untuk terus redha dan syukur. Ujian mematangkan iman, mengangkat darjat hamba kepada tuhan. Moga esok dipermudahkan jalan menuju bahgia bersama cintaNya. Redha dan syukur walau apa dari Dia. He know the best for us. Bittaufiq wannajah.