Nasihat Yusuf Qordhawi ~ Sambutan Nisfu Sya`ban...
Apabila tiba bulan Sya`ban, ramai
ummat Islam khususnya di Malaysia akan diberitahu oleh para imam dan
ustadz-ustadz di masjid mengenai suatu hari yang dipanggil malam Nisfu Sya`ban.
Yang mana beberapa kaifiat khusus biasanya diajar kepada masyarakat bagaimana
menyambutnya.
Mari kita baca apa nasihat dan pandangan ulama muktabar dunia
Islam iaitu Prof Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai sambutan Nisfu Sya`ban untuk
sama-sama kita muhasabah mengenainya:
(1) Dr. Yusuf al-Qaradawi:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada
Nabi sallAllahu `alaihi wasallam dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di
masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Sya`ban, membaca do`a tertentu dan
solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.
Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas
maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat
panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada
manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan
salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang,
yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang
maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar
yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan.
Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala
kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan
selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang
bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.”
(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1,
m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut)
(2) Dr. Yusuf al-Qaradawi:
“(Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak
terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya,
kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga
sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang
hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis
tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis
tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak
disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh
sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa
yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah).
(Terdapat juga di sesetengah negara
yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah
Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua
rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang
tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa
yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi
maknanya).”
(Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah
(Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)
Kesimpulan saya:
Beramallah dengan ilmu. Dengan ilmu, amal jadi tidak kelabu dan tidak sekadar debu. Beramallah sebanyak-banyak, tapi alangkah lebih baik jika amal-amal itu merupakan amal yang jelas dan terang kemurnian sumbernya.
nota kaki:
perkongsian dari ayah sebentar tadi. merujuk dari e-mail yang ayah terima dari sahabatnya.
sekadar mahu dihebahkankan bersama kerana ada yang bertanya tentangnya dengan saya yang tidak tahu mana. moga allah mudahkan segala.
Terus doakan saya...ya! :)
Comments
Post a Comment