Friday, 19 May 2017

3 tahun 3 jam


3 tahun. 

Cebisan nama tu tak berganjak. 
Langsung tidak.

Gumpal cerita, 
Simpan biar jiwa tak bersuara.
Simpan, percaya dengan apa kau percaya.

Percayakan bayu, sangka dingin mencengkam kalbu.
'Mungkin-mungkin' pelangi ceria, takkan hujan lebat mau tangisi silapnya.

Dan belum pun gerimis selesai, 
Cahaya pun tak mungkin terbias,
Ah, sang petir pula yang menggolak seribut. 
Serabut. Ah, aku salah!

3 tahun, 
Dan hujan bawa kau angin deras. 
Angin beku. 
Kaku. 
Bukan nama itu.
Bukan yang kau cuba simpan itu.

3 jam,
kau belajar redha,
Aplikasi : percaya Tuhan lebih tahu semua.
Yang kau suka, Dia tahu- boleh jadi bencana. 
"Allah nak bagi lebih baik berjuta kali ganda." - pujuk Na.
Bukan tak sedih bukan tak nangis,
3 tahun. 
Tapi ya, Dia yg Maha kuasa takkan susun ni saja-saja. 
Tak kan. 
Percaya. 
Ada 'benda' yang kau kena teroka, terima. 

3 jam.
Lepaskan dan redha. 
Bukan nama itu.

3 jam dan kau lepaskan dengan rela.

:)