Wednesday, 19 December 2012

Pagi Ini..



Pagi ini..
Serpihan hati menangis sepi lagi..

Aku ingin bahagia..
Tenang bersama Dia sentiasa..

Aku ingin berjaya..
Dalam mengurus seluruh masa untuk Dia semata..

Aku ingin sejahtera..
Dalam pelukan kasih dan sayangNya sahaja.. 


Maka Tuhan..

Izinkan pagi ini..
Aku kembali menuju cintaMu yang sejati..

Izinkan pagi ini..
Aku didakap dengan rindu kepadaMu yang tak bertepi..

Izinkan pagi ini..
RahmatMu kepadaku melimpah ruah memenuhi langit dan bumi..



Tuhan..

Serpihan hati ini, ingin terubat lagi..
Dengan ampunan dan redhaMu Ilahi..

Tuhan..

Izinkan pagi ini..
Segalanya, manis dan indah seperti dahulu kembali..


Izinkan pagi ini..
Segalanya, seakan baru terlakar dengan warna warni sentuhan Ilahi.. 




 Ya. Segalanya.
Izinkan ya Tuhan.. T.T

Maka, mari sama-sama kita kembali.
Kembalilah kepada Dia Maha Pemberi.

Moga jiwa-jiwa kita ini kembali kepada Dia dengan jiwa 'muma'innah' bila saat bertemu Ilahi nanti..

Ameen.

:)

video