Dear heart.. I want you to be strong.. :)


 melihat dari jendela Dia..
hidup ini tak harus sia-sia..
cuma kala hati alpa..
jiwa makin sengsara..
dengan dunia yg tah apa2..
 
jalan ini..
milik kau! hanya milik kau!
maka,
paculah langkahmu..
kau puteri dakwah!
puteri tarbiyah!



wahai hati..

walau jalan yang kau pilih ini..
taburannya, onak duri dan warna hitam sepi..

walau jalan ini..
simpangan indah banyak kau akan susuri..

tapi..duhai hati..negeri abadi mana lagi kau ingin diami..?
harus kau soal pada diri..
usah perhambakan hanya pada cinta nafsi.. 



hati,
aku mahu kau kuat..
memerah keringat..
memecah karat marat..
membelah letih penat..
memaju semangat!!

hati, kuatlah hati!!


teruskan melangkah dalam susuri tinggalan nabi..
walau jalan kelam suram masih di awal kini....
tapi pasti di hujungnya, ada pelangi indah menanti..

insyaallah!!

~nabilah izzati~
 
mode: sorang2 kat rumah..merenung jauh dalam kotak mimpi..cita harus jadi realiti!! harus direalisasi!


nota kaki: 

post ini hanya direpost dan diedit sahaja. sudah lama berada di dinding facebook saya. 


sedang berkira-kira mengupdate satu lagi post, cuma agak  kurang masa.  terkejar dengan muet yang semakin tiba. tolong doakan. :)

Comments

Popular Posts