Cita-cita --> harusnya 100% untuk Dia sahaja..!!

  # dare yourself to dream and dare yourself to fulfil it #


'' Dan dia telah berikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak akan dapat kamu menghitungnya. Sungguh, manusia itu zalim dan sangat mengingkari nikmatNya.."
(Ibrahim : 34)

Satu langkah baru bermula. :)

Sedikit tabah. Satu penantian berakhir. Alhamdulillah. Namun beribu pintu ujian demi ujian pula menanti di hadapan nanti. Moga Dia masih sudi menemani di setiap ranjau berduri.

Pandangan jendela luar semua nampak indah pada secebis cita milikku kini. Mereka bilang dengan penuh warna-warni bahawa 'cita' itu sangat lah bermakna dan berharga. Anda patut bahagia kata mereka. Tapi...

 ~ dalam hati ini siapa tahu...kn? T.T

O Allah..

Masih sangat jauh perjalanan ini.
Kerdilnya aku di hadapanmu.
Pautanku, kurasa sudah makin longgar darimu.
Seolah bersandar hanya pada jarak masa yang menentu.
Aku jadi malu denganMu yang masih belum benar aku mengabdikan diri semahuku.
Sedang aku seakan diberi satu nafas baru dan aku juga bukan selayaknya menerima itu.
Atau ini sekadar satu lagi maung ujian bakal aku lelahi yang tidak aku mampu.

Keliru..
Diburu rasa dosanya pada yg Satu. Namun masih tidak mampu kembali dalam mencari solusi, menagih keampunanMu. Sedangkan Kau, terlalu baik padaku...


 Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Ini yang telah tertulis di Luh Mahfuz buatku...


'' IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN DAN SURGERI ( QM00 ) ''

Medic? Such an intersting journey to go. Itu kata kebanyakan orang. Tapi pada saya, memilih untuk berada dalam medan ini adalah seperti meletakkan pisau pada nadi sendiri. Tanpa niat untuk menggengam matlamat ukhrawi, ia akan hanya seperti bakal doktor basi yang mengorbankan diri sekadar untuk habuan lelah menghimpit hati. Sekadar tenat dalam larian mengejar cita yang rendah nilai kesudahannya pada Ilahi..

Ini pesan murobbi yang paling penting sebentar tadi :

Jadilah doktor yang bukan sahaja merawat penyakit fizikal malah juga penyakit jiwa masyarakat yang tenat hari ini...

Maka, pilih untuk menjadi doktor muslim mukmin adalah seolah memilih untuk menjadi dua pekerja dalam satu masa: doktor yang merawat penyakit tubuh dan daie' yang merawat penyakit ruh khususnya pesakit-pesakit yang dia punya. Kerjakanlah ia selarinya.

......................................................................

satu lagi yang saya mahu..


# biar syahid jasadku di bumi ini #
Satu langkahku telah menapak menuju palestin tercinta!
Tangan ini dirasakan seperti sudah basah dengan aliran pekat darah2 pejuangnya.
Merawat jasad yang terluka dan terseksa menderita, sedang jiwanya sarat iman membara.
Allahuakhbar!!!(angan melangit)

padahal, pandan pun x pijak lagi... ♥

o allah!! penuhi citaku menjadi syuhadahMu di sana! :)
 Lakaran cita sudah pasti. Cuma langkah takut tak jadi. Maka, pada Ilahi harus tautkan hati. Harus sentiasa sampai mati.

......................................................................................................................................................................................

nota kaki:

saya pernah bertanya pada seorang murobbi(pendidik), apakah bidang yang paling aula(utama) untuk diceburi oleh pelajar2 perempuan zaman kini?
jawab murobbi : pendidikan(cikgu dsb) dan kesihatan(doktor dsb) ..

tambah bahagia..

setiap kali post selesai di tulis, pasti Allah akan menguji tiap apa yang saya katakan. maka, untuk ini, Dia juga mungkin akan menguji lagi... takut2 sekadar menipu diri sendiri..harus selalu ingati diri..

kali ni, semua macam nota kaki saja.. :)
doakan saya...tolong ya!


Comments

  1. Insyaallah..
    jazakillah..
    besar dan murni cita-cita awk..
    moga smpai ke syurga <3

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..
    mabruukk dapat medic :)

    ReplyDelete
  3. insyAllah. congratz... before, i didn't realise this 'a blessed voyage' is yours...
    ~solehah

    ReplyDelete
  4. suka sangat3 baca tulisan awak..
    ada keistimewaan sendiri..
    rasa dekat di hati..

    moga awak trus istiqomah ye..

    ReplyDelete
  5. nabilah, rabbuna yusahhil dear :)
    jujur, k syafiqah rasa ramai bakal2 doc ni bcita2 utk jejak kaki di palestin! even kwn2 k syafiqah pun, sbb ni mmg 1 peluang kn. sape la xnk. but reminder for both of us, sekalipun Allah xizin dpt ke sana, jom jln kn amanah kita di tmpt kita :) masyarakat di sekeliling kita jg perlukn siraman tarbiyah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakillah kak syafiqah... itula kan.. kita berhajat, tapi allah y tentukan.. Sebesar-besar hajat kita, kalau allah x sampaikan hajat tu, maka ia akan sekadar kekal sebagai hajat.. Aulanya, beramal di medan terdakat dahulu kan.. masyarakat keliling juga memerlukan..jadi, jom sma2 persiapkan diri..islah nafsaka, wad'u ghoiruka.. :)

      tlg doakan nbila ye kak syafiqah.. :)

      Delete
  6. bg saya, awak seorng yg hebat.penuh cita dan semangat.

    saya berdoa mendapat sayap kiri seperti awak.
    semoga allah merahmati awak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts