Tuesday, 30 October 2012

Dai'e Famili..

Simbahkanlah sinar dan cahayaNya dalam keluarga ..
# Adik, teman kakak masuk syurga ya..? #
                              
Benarlah kata orang, nikmat itu lebih dapat dirasai bila ia tiada lagi.
Benar jugalah kata orang, manis itu akan lebih susah dicari ganti andai tidak dihargai.

Dengan itu, beryukurlah dengan nikmat dan rasa manis yang masih berbaki ini.. :) 

.........................................................................................................................................................................................

Baru hampir seminggu berada di rumah tanpa ketiadaan umi dan ayah yang pergi menunaikan haji. Syukur kerana umi dan ayah dipilih Allah ke rumahNYa. Sungguh, Dialah pemilihnya, penjemput mereka ke sana. Alhamdulillah. Moga peroleh 'haji mabrur' ya umi ayah. :)
                                  sikit saja rasanya
Setelah dihitung-hitung, banyak juga masa yang telah dilaburkan untuk mengurus, menjaga dan mendidik adik-adik sepanjang tempoh itu. Tempoh ketiadaan dua insan pembakar semangat di  kalbu. Ya, tempoh singkat di mana saya belajar untuk lebih merasai dan tambah yakin dengan sesuatu.

Sesuatu itu.

Benar.
Lebih dirasai dan menambahkan rasa yakin. 




يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ 
'' Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.. '' 
 (At- Tahrim : 6)



Bukankah mereka yang paling hampir? Maka, serulah!

Kadang, kIta terlalu memandang jauh. Jauh di balik sesuatu yang lebih utama. Menembusi apa yang sepatutnya dipandang terlebih dahulu.

Kita lebih memilih untuk melihat mereka di luar sana. Ya, mereka. Ummah yang dahagakan petunjuk dan hidayahNya. Masyarakat keliling yang aliran darahnya tidak serupa dengan kita. 

Kita lebih mengutamakan mereka untuk diseru ke syurga. Kita dahulukan mereka untuk diajak mendekati yang Maha Esa. Kita awalkan mereka untuk dibawa ke jalan benar menuju redhaNya.

Namun..

Sedarlah,

Kita juga punya mereka yang jauh lebih dekat hubungannya. Mereka yang mengadakan kita di dunia. Melahirkan dan membesarkan. Juga mereka-mereka yang lahir dari perut yang sama cuma berbeza masa. Berkongsi ibu dan bapa. Kita ada mereka dan mereka ada kita. Bukankah?

Ya. Merekalah. Ahli keluarga kita.




Di posisi itu, kita harus bermula.

أصلح نفسك و ادع غيرك .. ..

Baikilah dirimu DAN serulah orang lain ’

Bermulalah dengan mendidik dan memperbaiki diri sendiri. Bentukkan diri kita ini agar menjadi individu muslim yang hakiki. Dan bersama-sama itu, serulah ahli keluarga juga untuk meniti jalan itu sekali. 

Berlangkahlah seiringan. Telusurilah ranjaunya yang jauh dan panjang. Kerana itu, kita harus berpengang tangan. Agar mereka dan kita tidak lama kecundang.



'' Kitakan keluarga? Mestinya ke syurga bersama.. ''. Iyakan?




Keluargalah yang lebih utama, yang harus diajak ke syurga.

“Dan berilah peringatan kepada kerabat kerabatmu yang terdekat”.      
 (Asy-Su’araa :124).

Ajarkanlah dirimu dan keluargamu Al-Khair (perkara yang baik) dan bimbinglah mereka”.
(Ibnu Munzir dan Al-Hakim)

Jika kita seorang bapa, ajarkan dan bimbinglah anak-anakmu dengan tegas dan hikmahnya Rasullah. 

Jika kita seorang ibu,  ajarkan dan bimbinglah anak-anakmu dengan lembutnya Saidatina Khadijah.

Jika kita seorang abang, ajarkan dan bimbinglah adik-adikmu dengan qudwah hasanah.

Jika kita seorang kakak, ajarkan dan bimbinglah adik-adikmu dengan indahnya kalamuallah.

Jika kita seorang adik, hiburkanlah gundah kakak-kakak dan abang-abangmu dengan akhlak islamiah.

Jika kita seorang anak, taat dan patuhlah dalam menjalankan perintah ibu dan ayah kerana itulah suruhan Allah. 

..........................................................................................................................................


Mahu ke syurga bersama kan..? Oleh kerana itu, perlu saling membimbing dan menguatkan. Nasihat-menasihatkan. Lengkap-melengkapkan.

Ajaklah mereka atas nama cinta berkeluarga. Atas nama kasih bersaudara. 

Insyaallah bahagia makin terasa.




Adik-adik saya yang selalu buat saya bahagia.

# Moga menjadi pejuang agama ya semua..! :) #

Alhamdulillah. Allah memilih saya sebagai seorang kakak kepada lima orang adik. Adik pertama, Afiq Hadi. Tahun 1 ijazah Usuluddin di Jordan. Kedua, Nurul Iffah. Lepasan PMR di IBRAH. Ketiga, Muhammad Wafiy. Tingkatan 1 di Masdar. Keempat, Muhammad Lutfi. Darjah 4 di sekolah rendah yang sama dengan saya dahulu. Dan yang paling kecil dan comel, Nur Imtiyaaz. Baru 6 tahun. :)

Adik-adik saya, penghibur lara saya.

Walaupun ada kala, banyak juga ragamnya, namun, ragam itu biasalah kan. Selagi tak ditegah dalam agama, tak apa. Masih terjaga. 

Ragam-ragam mereka penyeri duka, penambah ceria saya. 

Cuma, kita manusia. Memang diciptakan sebagai hambaNya yang sederhana. Ada kurangnya. Ada tak sempurna merata. Kadang, tertinggi suara. Termarah yang tak sepatutnya. Terlalai sama-sama.

Kerana itu, kita perlu saling memelihara. Saling menjaga. Saling mengingatkan pada Dia. 

Dan, usrah keluarga juga perlu dijadikan 'check list' utama. Tak selalu pun tak mengapa. Mungkin ada masa, susah nak bersama. Tapi, kenalah konsisten sentiasa. Janji berkala. 



Eratkan ukhwah dan tali persaudaraan sesama ahli keluarga.


Solat sama-sama. Baca Al-Quran sama-sama. Puasa sama-sama. Riadah sama-sama. Belajar sama-sama. Tengok ‘movie’ sama-sama. Dan banyak lagi. Kan?

Yang boleh dibuat sesama gender pula : Tidur sama-sama. Mandi sama-sama. Masak sama-sama. Lawan gusti sama-sama. Eh?he :)

Jalannya sudah ada. Terang lagi bersuluh. Pilih. Mahu atau tidak sahaja.
 
Nasihat di atas itu lebih saya tujukan untuk diri saya.. :)




Penutup : Serulah kerana Tuhanmu yang Satu


Menilai hidup ini, memang cukup buat kita keliru. Mana satu yang perlu dijejak dulu? Mana yang tak harus langsung kita buru?

Pandanglah ke hadapan dengan harapan menuju syurga impian. 

Idamkan syurga. Dan bertindaklah!

Panahlah syurga. Bukan untuk kita seorang sahaja, tapi buat ahli keluarga kita bersama. Juga buat mereka-mereka lain yang kita cinta. Panahlah bersama-sama.

Serulah dirimu, keluargamu dan sesiapa saja yang kau mahu kepada Tuhanmu yang Satu.

Serulah kerana Tuhanmu!




Thursday, 25 October 2012

# Semakin Biasa #


Hari ini,
Ya, semakin biasa.......

Diri, jangan semakin biasa diri.. Luarbisalah kau diri!!
       Semakin biasa dengan perginya masa..
     Tanpa memburu erti tiada sia-sia..

     Semakin biasa hidup tanpa ada matlamat..
     Bagai langsung tak dipandu ke arah        
     selamat..

     Semakin biasa rasa tak bersahabat akhirat..
     Bila dengan Allah ikatannya tak rapat..

     Semakin biasa dengan resah dan gelisah..
     Kerana hilangnya indah bermuhasabah..

     Semakin biasa dengan derita juga sengsara..
     Yang kian sesak menghimpit dada..

     Semakin biasa dengan suasana dunia..
     Yang cuma membangkitkan ilusi maya..

     Semakin biasa dengan pekatnya dosa..
     Yang hitam kelam meliputi jiwa..

     Semakin biasa terkikisnya rasa hamba..
     Seakan langkah berundur menjauhi syurga..

     Nabilah Izzati
     1.50 a.m
     baiti jannati

Friday, 12 October 2012

Mengertilah Dalam Pasti ..

Masih menguis di situ..
Menguis dan terus menguis...

Blissful delights
Submitted by Badar

Entah apa lagi yang masih harus kau temui di situ..
Jalan itu hanya satu, pasti satu..
Tiada yang dua..
Kau juga tahu kan tiada yang lainnya..
Harus untuk apa lagi kau buang masa..
Jangan terus menguis-nguis sahaja..
Pendakianmu wajar sudah bermula.. 
Kau kan ingin menjulang kalimah Dia..
Kan bakal doktor agama..?

Alasannya,
Kau rapuh, tak sekuat mana..
Tapi, sampai bila..
Teruskanlah hayunkan langkah satria..
Dulu kata ingin syahid di bumi anbiya'..
Nak berlari ke syurga..
Iya ka..?

Kau tahu kan, hujungnya hidup ini kau ingin ke mana?
Tahu kan pengakhiran hidup ini kau mahu yang bagaimana..?
Tahu kan duhai diri.. 



Struggle

Hati berbicara dalam pasti, melakar impian dalam mimpi.. :

Saat ruh ini terbang menuju tuhannya..
Saat nafas ini berpisah dari jasadnya..
Saat alam dunia sementara ini sampai ke akhirnya..

Aku..

Ingin rehat dari perjalanan dan perjuangan ini dengan penuh makna..
Ingin lepaskan segalanya di dunia dengan berbunga-bunga bahagia..
Ingin bersama keluarga, 'dia' dan mereka-mereka dalam syurga selamanya..
Ingin dengan jiwa yang penuh ketenangan kembali pada Dia..
Ingin terus dalam dakapan Dia yang Maha Penuh Cinta..

Kau mengerti kan diri..
Itu memang destinasi yang pasti..
Maka, jangan hanya terus menguis mencari lagi..




Lighten up my heart


Kau harus kembali..


Kembali pada Dia dengan sebenar-benar rasa kembalinya hamba yang penuh calitan dosa..
Mohonlah dosa-dosamu yang menebal membaluti hati itu disucikan sebersihnya..
Agar bisa kakimu itu melangkah menusuri jalan ini dengan sedikit mudah..
Tak rasa payah dengan pujukan syaitan yang cuma ingin memusnah..
Tak ada hijab maupun tembok pemisah antara kau dan Allah..
Mengertilah..

Jalan ini sudah pasti..
Cuma kau yang masih ingin terus menguis simpati..
Cuma kau yang masih terus melemahkan diri.
Cuma kau yang bilang kau tak kuat lagi..

Sedangkan,
Kau punya Allah yang sudah cukup untuk segalanya..
Sudah cukup untuk buat kau tenang dan damai sedamainya..
Sudah cukup buat kau kuat menapak dalam jalan ini sampai akhirnya..
Sudah cukup buat kau tabah walau kencang taufan ujian datang melanda..

Kau akan sentiasa damai, kuat dan tabah selagi Dia ada dekat dalam jiwa..


Pray

Percayakan Allah..
Positif dengan Allah..
Allah sentiasa ada untuk kita..
Sentiasa... :)