DIA versus 'si dia'...

# tertarik saya dengan 'qoute' di atas ni. meaningful! :) #


kesimpulan saya:

 Lately, banyak sangat dengar cerita cinta dua jiwa berbeza jantina. Sahabat sekeliling juga kerap meluah kisah rasa mereka pada saya. 

 Di posisi saya, saya rasa, pada setiap jiwa itu, memang wujudnya cinta. Dan pada setiap cinta itu juga memang perlu ada yang memilikinya. Perlu ada tuannya.

Biarkan rasa cinta itu dalam jiwa. Tapi, bukan sekadar biar untuk menunggu si dia. Bukan biar sampai menangih-nangih orang agar melamarnya. Dan bukan biar hingga ia bernanah saja.

Cinta itu, wajarnya kita isi kepadaNya sebanyak ruang yang ada sebelum masa tiba detiknya. 

Tenggelamkan jiwa dalam asyik kepada cintaNYa. Sibukkan jiwa dalam mengejar kasih dan sayang Dia. Dan kebalkan jiwa dalam ujian meraih redha dariNYa.

Baru setiap nafas jadi penuh makna. Lupa mencari siapa bakal temani hidup dalam berdua. Terlalu sibuk dalam perjalanan menjadi yang terbaik dahulu untuk Dia. Bukan sekadar terbaik untuk si dia.

Itulah hakikat ramai dari kita. Mencari si dia seolah-olah itu agenda utama. Hingga terabai terapi diri untuk menjadi hamba rabbani paling 'osem' untuk Dia. Sekadar mahu 'osem' di depan si dia.

Maka, mari bersama kita sama2 ingati diri pada janji Dia yang hakiki:
 ''wanita yang solehah(+muslehah) 'sudah tentu dan pasti!(comfen2)' untuk lelaki yang soleh(+musleh)..dan vice versa..''

Apa lagi yang perlu diragui.  

Jadi, x perlu terus mencari. Mari menjadi, cukup sekadar berusaha menjadi. Cukup. Dan Allah yang akan membalasi.  

Have faith in Him.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

nota kaki :

gee! macam doktor cinta pula. haha. terus terang, saya belum matang untuk berfikir tentang cinta, sebab hati pun x mahu mana. belum bersedia. banyak lagi cita belum terlaksana.hee.

sekadar meluah apa yang dirasa bila melihat dunia seolah-olah bertumpu hanya pada cinta manusia. bila masyarakat keliling juga seolah-olah menjadikan cinta sebagai pengukur bahagia. penat saya mengeluh hiba.

saya suka dengan 'qoute' di atas. buat saya makin yakin dengan pemegang jiwa. ingin dikongsi bersama agar keyakinan itu juga turut kamu rasa.

yakinlah, allah yang menemukan dua jiwa. tanpa perlu dirancang oleh siapa-siapa. kerana Dia punya kuasa membuat apa sahaja. 

cuma, jika mahu, mintalah sahaja. bukanlah susah mana. kadang Dia bagi mengikut apa yang kita minta, dan kadang lagi best bila Dia bagi yang lebih baik berganda2 dari apa yang kita minta.. :)

Nilaian baik di sisi Allah itu x semesti sama dengan nilaian baik di sisi manusia. bukankah dia Al-Hakim.. maka, teruslah positive dengan Dia.
.....................................................

esok speaking test! rasa macam x sedia apa-apa. huh. doakan saya.

Comments

  1. All the best my dear! Bring along ALLAH with you yah ^_^

    ReplyDelete
  2. yah una! please heartily do pray 4 me.k! :)

    ReplyDelete
  3. suka!!
    sweeeeet.. <3

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts