Bebaskan aku hai belenggu...!!!

Lepaskan aku hai belenggu!
Yang membelit jiwa hingga jadi beku,
Yang paut pada hati sampai jadi kaku,
Yang jerut iman sampai mujahadah jadi layu!

Leraikanlah aku hai belenggu durjana!
Belenggu nafsu di dada!
Belenggu mahu bermalasan saja!
Belenggu cinta dunia!
Belenggu mengharapkan selain Dia!
Belenggu ingin dipuja manusia!
Belenggu mahu balas cinta si dia!

 

Nyah dari aku!
Kau beban langkahku,
Kau heret tubuhku,
Kau seret wajahku,
Kau pijak tubuhku,
Kau panah kekuatanku,
Hingga aku keras membatu,
Sukar menerus langkah yang masih beribu perlu!

Gugurlah kau hai belenggu, aku tak tahan,
Hingga aku makin lemah di tengah perjalanan,
Yang sememangnya masih panjang dan penuh rintangan!

Nabilah Izzati
31 Julai 2012 

Comments

  1. ya! bebaskan aku!

    ReplyDelete
  2. bagus dan bermakna bahasa dan gaya penulisan kamu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts