Memanah Bunga Taqwa dari Syurga....!!



Pada awan, kuratap ia bahagia..
Pada langit, kudongak ia lapang menenangkan jiwa..
Pada suria, kutacap segala luahan sinarnya yang ceria..
Pada pelangi, kurasa indah cahaya warni menyimbah seri harinya..

Alam tersenyum pancar gembira..
Tambah damai dalam tasbih memuji tuhan yang esa..
Riang kembang makin asyik berbunga tawa..
Dengan hadirnya ramadhan penghambat dosa makhluknya..

Bahkan aku, dihujung kerusi hamba Sang Pencipta..
Juga masih menguis di ufuk belas kasihNya..
Mengharapkan dalam landasan Ramdhan  ini..
Setiap detikku sujud dalam esak menggugur noda..
Setiap nafasku tegar melawan nafsu meronta..
Setiap langkahku gagah merapati Dia yang maha Kuasa..
Dan setiap panahanku tepat menggena bunga taqwa dari syurga..

ameen o allah..

Nabilah Izzati
3 ramadhan 1433
 

# jom raih taqwa #

Alhamdulillah.

Jejak kita sudah pun pada lintasan musim bunga. Musim bunga yang penuh bahagia, penuh udara cinta Allah rabbuna. Dengan  rahmat dan kasih sayangNya, Dia masih sudi menyampaikan hajat-hajat kita agar disuakan lagi dengan bulan di mana kasihNya melimpah ruah ini.

'' Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa..'' ( Al-Baqarah : 183)

Mimpi ditebar lagi, kata hati : taqwa harus aku raih tahun ini! Aku idam taqwa! Aku mahu taqwa! Ingin taqwa!

Rugilah diri, jika Ramadhan dilalui hanya setahun sekali, tapi sekadar lapar dan haus menyengat hari-hari sepi, tanpa sebarang pembaikan diri.

Maka, peringatkan jiwa. Ramadhan adalah medan memanah taqwa. Taqwa yang akan kita guna sepanjang hidup sebelum tiba detik bertemu pemilik nyawa.

Taqwa ini umpana perisai, perisai kala futur dan alpa menyerang segenap pelusuk jasad dan jiwa. Taqwa ini perisai dikala langkah longlai dalam perjuangan meredah nafsu dan syaitan. Perisai saat keliru dan celaru menerpa dalam tindakan yang kadang dihinggap ragu..

Lalu, perisai itu harus kita punya selalu. Agar nanti diri  tidak layu, menongkah arus dunia yang menikam kalbu dari setiap penjuru.

Sedarilah duhai diri, taqwa itu sendiri mendapat pengiktirafan mutlak dari Ilahi.

''..maka sesungguhnya, sebaik-baik bekalan adalah taqwa. Bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal..'' ( Al-Baqarah: 197)

'' Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa..'' (Al- Hujurat :130

'' Sesengguhnya orang yang bertaqwa itu apabila ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya''. ( Al- A'raaf : 201 )

Maka, di sini..

Mari sama-sama kita ajak hati untuk telusuri denai-denai imani(wasilah) menuju menara taqwa di hujung sana nanti.

..................................................................................................................................................................



Denai 1 :  Mu'ahadah - mengingati perjanjian.

Sebagai hamba, harusnya kita menyedari di mana posisi kita dibawah Dia. Bukankah kita sudah berjanji, bahawa kita akan menjadi hamba abdi Ilahi sejak alam ruh(sebelum begelar baby) hingga alam negeri abadi.

'' ...sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah..(Al-An'am : 162)

Ya, kita lafazkan dari bibir ciptaanNya setiap kali waktu berdirinya kita menghadap Dia yang Esa, bahawa segalanya dari kita hanya untuk Dia. Justeru, sejauh mana kita menjadikan ia bukan sekadar kata. Harusnya kita, periksa semula antara kita dan janji-janji kita dalam madah ikrar pada Nya. Madah ikrar yang wajibnya menjadi nyata.

....................................................................................................................................................................



Denai 2 : Muraqobah - merasakan pengawasan.

'' Yang melihat engkau kala berdiri untuk solat dan melihat perubahan gerakan badanmu di antara orang-orang yang sujud..'' ( Asyuara' : 218,219 )

Taqwa itu kan ertinya takut melakukan tegahan Allah. Bagaimana bisa takut itu hadir jika tidak merasakan Allah melihat kita di setiap detikan jarum berputar. Kerana itu, puasa ini adalah latihan agar merasakan Allah itu sangat hampir, lebih hampir dari urat saraf di leher ciptanNya ini. 

Maka, mari letakkan Allah di sekeliling diri. Letak Allah dekat di hati. Maka dengan itu, tiada sebab lagi untuk ceburi perkara yang Allah keji kerana tahu Allah sentiasa ada di sisi untuk marah dan benci. Tiada yang lebih membinasakan dari marah dan benci Ilahi. Marah dan benci Dia akan lempari kita jauh dari syurga hakiki. Nauuzubillah.

....................................................................................................................................................................



Denai 3 : Muhasabah - koreksi diri.

'' Wahai orang-orang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok iaitu (akhirat), dan bertawalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti apa yang kamu kerjakan''. ( Al- Hasyr : 18 )

Kadang kita, punya seribu alasan untuk tidak memandang diri. Orang nun sana lebih tangkas kita tacapi. Salah diri kita sembunyi. Jangan direnungi, jangan difikirkan lagi. Kononnya, buat sakit hati.

Tapi..

Apa salahnya, sama-sama kita hisabi diri. Biar palit noda tak melekat lagi pada diri. Kita kikis, kita buang, kita basuh, sucikan hati. Sirami dengan air mati penyesalan dosa dengan Rabbul 'izzati. Baru selangkah makin maju mendekati syurga firdausi.

Tiada yang lebih mendinginkan kalbu nan sayu melainkan titisan suci airmata taubat yang menitis di pipi, yang lahir dari relung rasa dosa menghimpit sanubari.

....................................................................................................................................................................



Denai 4 : Mu'aqabah - menebus dam membersihkan kesalahan.

''Wahai orang-orang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurnu-murninya, mudah-mudahan Tuhanmu menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu...'' ( At-Tahrim : 8)

Ya, kita manusia yang dosanya menggunung tak terkira. Maka, kepada siapa harus kita memendam rasa agar segala dosa terkubur sahaja. Biar di mashyar, kita jadi manusia paling lenang tanpa beban untuk ditanggung di atas badan.

Jom sama-sama kita berlumba menuju keampunan Tuhannya. Usah biar dosa jadi hijab antara kita dan Dia. Denda diri. Biar dosa kita tebus segalanya di dunia sebelum dihukum sedasyatnya di neraka.

...................................................................................................................................................................



Denai 5 : Mujahadah- bersungguh-sungguh berjihad untuk peroleh syurga Allah, terutama dengan nafsu sendiri.

'' Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sesungguhnya, Allah benar-benar  beserta orang yang berbuat baik.'' ( Al-Ankabut : 69 )

Di bulan kasih dan keampunanNya melimpah ruah ini, bukankan syaitan sudah dihambat. Maka seharusnya, kita menjadi lebih kuat dalam membunuh nafsu yang menyekat kita untuk bertaubat. Mari paksa diri dan bersemangat dalam melawan cinta dunia yang jahat agar di hati tidak ia melekat. Cukuplah dunia itu di tangan agar senang kita mengawal dan memanupulasikannya agar jadi hebat untuk akhirat.

..Tuhanku..
..biar ku genggam dunia ini..
..tanpa mencintainya..
..kerna ku kan segera pergi..

Campak cinta dunia, ganti dengan bunga taqwa dari syurga... :)



Kesimpulan saya, jom sama-sama kita panah bunga taqwa dari syurga selagi waktu masih tersisa ada.


nota kaki:

ramadhan kareem..

saya menulis ini dengan berpandukan beberapa rujukan.
cebisan dari bacaan di majalah haluan.
jazakillah bonda ummu anas.

sayang semua..doakan saya. :)

Comments

  1. Jzklh khair atas perkongsian sis :)
    Moga Allah bantu kita dalam beramal insha Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen n afwan juga sis farah.. i love u fillah sis!!

      Delete
  2. suka! best.
    insyaallah banyak manfaat.terus menulis ya.

    ReplyDelete
  3. Jazakillah ukhti :)
    Jom raih taqwa!
    Semoga ramadan kita kali ini tidak berlalu dengan sia-sia :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. ajmain mai..
      jom3! sma2 terus bergerak!
      ameen amewn ameen...

      Delete
  4. bakat dari matri semakin mantap nmpknya.. ^^ xmau kalah.. :)

    insyaAllah sama2 jadikan Ramadhan kali ini sebagai booster menuju bekalan taqwa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha k/syah..takda bakatnya..
      main tulis ikut rasa ja..

      lain la k/syah..kakakku terhebat!(biiznillah)

      :)insyaallah..sma2 kita..ramadhan kareem <3

      Delete
  5. Indah gaya penulisan awak.

    Moga bermanffat untuk deen..

    ReplyDelete
  6. salam ramadhan..
    nice ur blog..
    i've follow u..
    hit me back..
    move on ur dakwah..:)
    may Allah bless u..

    ReplyDelete
  7. jazakillah..
    yeah.. let keep it up..
    may allah ease our path towards him..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts