Wisdom Tooth



This is my gigi bongsu. Allah maha hebat, hanya sebab sebatang gigi ni, I've experienced sakit yang amat sangat- yang maybe tak kan lupa lah sepanjang hidup. lelz :p

Sakit yang hanya Allah yg tahu penderitaannya. Some people said, sakit gigi ni sakit ketiga lepas sakaratul maut dan sakit melahirkan anak. Before this macam susahlah jugak nak percaya sbb tak pernah sakit gigi kan. However, now i admit it.

Allahu. Sakit sangat sampai mengejutkan dari tidur. Few nights langsung tak boleh tidur merana menahan sakit gigi ni. 10 pills of panadols plus 4 ponstans x boleh melenyapkan sikit pun sakit tu. Tambah ibuprofen lagi. Sakit sampai kepala. Berdenyut-denyut. Menangis sepanjang malam. Dari tengah malam sampai pagi. Gagahkan diri bancuh air garam dan kumur berpuluh-puluh kali pun x membantu. Sapu few types of minyak panas pun tak hilang-hilang. Sungguhlah. Sakit sungguh. Allah.

That moment, dalam tangisan kesakitan, terasa disapa sungguh oleh Allah. "Takkan sakit ni Allah nak seksa. Takkan.." Entah bisikan apa yang menyedarkan. "Allah tak zalim bahkan Dia Maha Mengasihani. Boleh jadi ini hukuman tapi bukanlah hukuman yang menghinakan. Ini mungkin hukuman yang mengingatkan sebab diri yang terlalu lama meletakkan Dia jauh dari kehidupan." Allah.

Allah Maha baik. Kesakitan ini hanya terlalu sedikit dibandingkan dengan kelalaian diri yang panjang dan melemaskan. Baiknya Allah. Tak dibiarkan terus-terus hambaNya melupakan Dia. Akuilah, ini salah satu ingatan sebelum berakhirnya hidup dengan sakit yang paling paling menyakitkan tiada talang- mati.

Allah. Terima kasih Allah untuk peluang. Peluang untuk merasa Allah ada untuk memimpin ke jalan pulang. Baiknya Allah.

After so much pain and tribulations, i decided to see dentist for many times before the tooth can be extracted. I was given antibiotics to be finished in a week. This time I learn that actually it is not easy to compliance with the medication. Susah untuk ingatkan diri makan tiap hari 3 kali. Ade jugak la ter'skip'. He he. So nnt, bila nk advice kat patient on the compliance of the medication, don't be too harsh. Tak mudah actually kalau x biasa. Try to be in their shoes. Suggest for suitable reminder macam pills box, pills counting, reminder at fridge, reminder by close person ke, put near bed or else.

Dan selepas about a month, then finally, Allah melepaskan segala punca kesakitan dengan mudahnya. Gigi pun berjaya dicabut tanpa sakit sikit pun! Yeay Alhamdulilah! Allahu Maha Hebat. Bahagia time tu macam pelik lah sbb maybe tak ramai yang bahagia bila cabut gigi kan, but seriously I did. Siap merayu-rayu kat dentist tolong la cabut harini jugak walaupun sakit saya akan tahan.

Dentist pun baik dan menyenangkan. Sangat concern pasal the pain of his patient. Got about 9 injections of local anesthetic. A good experience lah so that i can be more empathy bila I give LA to my patientn soon. Hee. Sebab I noticed that few doctors agak x memberatkan pasal 'ubat kebas' ni when they do procedures which well-known as can cause pain- wound irrigation la yg I selalu nampak. Huu. Sian patient.

Allah. Dia Maha Baik. Dia Maha Mengasihani.

Moga sakit-sakit yang dilalui sebelum ni bukan lah ssuatu yang sia-sia atau sekadar 'the bad memories which I kept', tapi sebagai satu titik kesedaran bahawa insan ini adalah hamba yang sangat lemah dan Allah lah segala kekuatan. In any situation pun, yakin lah Allah Lah segala pemberi bantuan.

11.28 pm
Otorinolaringology Clinic
Hospital Sultanah Bahiyah
-waiting for my name to be called for sleep study appointment

Comments

Popular Posts