Mana lagi aku Tuhan


Dan di dalam gelita aku masih sama,
Aku cari dalam seribu satu warna, 
Segala pekat gelap yang melemaskan,
Menghampakan.

Mana.
Mana lagi aku Tuhan.
Juta-juta aku mengemis dalam luka semalam,
Dalam denai-denai semak yang menyakitkan.

Mana.
Mana lagi Tuhan.
Harus aku cari jalan pulang.
Pulangkah aku?
Dalam damai, atau penuh jijik membinasakan?

Bukan sekali.
Juta-juta, aku masih di sini.
Sama dan gelita.

Tuhan. 
Aku yakin kau melihat, kau dekat.

Mana.
Mana lagi cahaya jika ada sisa yang akan terjumpa.

Tuhan.
Aku tahu kau sangat tahu.
Segala sisi bayang hitam aku.
Jalan sama -aku celaka dan celaka.
Aku keliru buntu.
Aku cari mana lagi tapak akan ku jumpa Kau.
Mana lagi Tuhan.
Beri aku jalan. Beri aku teman. 



Comments

Popular Posts