Muhasabah: Aku dan Ramadhanku.... T.T

Pada hening malam tak berbintang ini..
Aku sendiri lagi..
Perit kutitiskan dari kelopak redup renungan sepi..
Kupaksa sedaya tenaga merembes butir-butir hibanya..
Namun sedikit saja ia tumpah pada sejadah lusuh yang ku punya...




Dulunya, sejadah itu kusemai dengan benih rindu..
Menjerit syahdu dalam membelai resah tak berlagu..
Meronta pada Tuhanku, minta kekuatan yang kuperlu..
Memanggil penuh cinta, mengharap pada Dia yang Esa..

Dulunya, butiran airmata derita itu mengalir lebat mencurah duka..
Pada sejadah itu juga, aku tenggelam dalam pesona asmara dengan Dia..
Asyik aku dalam menyimbah segala dosa mohon penyampunan semuanya..
Dalam damai mengecas iman dan taqwa semula..




Dear Allah..

Saat ini,
Pada noktah masa, 
Aku kian jauh melangkah menghampiri maung naraka..
Seakan aku terlena dalam cerianya musim bunga..
Kelam dengan hanya warna hitam  pada pejaman mata..
Kabur merentasi Ramadhan ini, tanpa indah sinar warnanya..

Dalam menghitung-hitung detik waktu..
Sedarlah aku, yang aku sekadar berlapar dahaga semampu-mampu...
Sedarlah aku, cuma rutin makanku yang berbeza pada sahur dan iftarku, tak seperti selalu.. 
Sedarlah aku, terawih ku hanya pergerakan bangun duduk menanti 2-3 jam berlalu..
Sedarlah aku, bacaan quranku bertambah beberapa helai sahaja berbanding dulu..
Sedarlah aku, qiamku sudah tak semanis dahulu-dahulu..


Aku dan Ramadhanku..
Masih begitu... 
Masih kaku tanpa berubah pun sesuatu.. 
Masih lesu dalam larian mencapai syurga yang jauh berbatu..

Namun, peluang masih terbuka..
Kita masih miliki masa.. 
Masih berbekal usaha...
Cuma perlu lebih keras dalam memerah usiaa..
Perahlah ia sekuat kudrat yang ada..

Tersisa lagi beberapa hari sahaja sebelum Ramadhan ini tamat di penghujunya..
Jom terus raih TAQWA!!



Nabilah Izzati - 22 Ramadhan

Comments

Post a Comment

Popular Posts