Muwassofat Tarbiyah --> Hamba Rabbani




'' Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya. Kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggujawab amal islami..''

( Asy-Syahid Imam Hassan al- Banna )



10 Muwassof  Tarbiyah..?

# Qawiyul Jism - Kuat Tubuh Badan #

# Salimul Aqidah - Aqidah yang Sejahtera #

# Matinul Khuluq - Akhlak yang Mantap #

# Qadiran ala Kasbi - Mampu berdikari #

# Mutsaqqatal Fikr - Berpengetahuan Luas #

# Mujahadah ala Nafsi - Mampu Melawan Hawa Nafsu #

# Munazzamun fi Syuunihi - Tersusun dalam Urusan #

# Shahihul Ibadah - Ibadah yang Betul #

# Haarithun ala Waqhtihi - Menjaga Waktu #

# Nafiun Li Ghairihi - Bermanfaat untuk Orang Lain #



'' Kenalilah tuhanMu, perbaikilah dirimu, ajaklah orang lain. Dirikanlah daulah Islam di dalam hatimu, nescaya ia akan tertegak di bumimu..''
 ( Asy-Syahid Imam Hassan al- Banna )



nota kaki : 

Saya amat suka dengan video muwassofat tarbiyah di atas.  Pernah saya  tonton beberapa yang lain sebelum ini, tetapi yang di atas ini paling baik sekali. biiznillah.

Saya senang melihatnya, walau ia diprodukkan oleh wanita(muslimah), namun, masih mampu menjaga kualiti paparannya mengikut piawan Allah..insyallah..

~ Penghasilannya tidak membuka peluang untuk lelaki melihat sebarang keindahan maupun keaiban mereka meskipun hanya pada wajah.. Saya salut! Kagum. ~



Kesimpulan saya :

Bukan pada video itu yang ingin saya besarkan, tetapi pada kandungan mutiara tarbiyahnya. Ringkas dan bermakna. Sangat bermakna. 10 Muwassofat ini bukan sekadar hanya perlu dibaca dan dihadam pada sentuhan mata. Dan bukan sebagai satu senarai yang perlu dicoret dan kemudiannya ditampal atau disimpan dan dijaga. Juga bukan sekadar untuk dijadikan bahan hafalan di minda. Tetapi, mari sama-sama kita cuba menjadikan ia sebagai sebahagian dari dalam diri kita.  Allah ada untuk mudahkan usaha kita. Jom terus usaha!

10 sifat-sifat tarbiyah ini ialah kelengkapan-kelengkapan utama dalam proses menjadi hamba rabbani yang hakiki.

Moga Allah jaga kita..
Sayang semua.. :)

Comments

Popular Posts