Ayah


Ayah.

Baru semalam aku tumpahkan segalanya pada ayah. 
Aku nangis semahu-mahuku. 
Hingga bagai tiada penjuru. 
Segala sedu dan sendu hingga tercurah segala perasan yang kusimpan-simpan, ku diamkan.

Seorang ayah.
Yang dengan damainya menenangkan.
Bagai dalam dakapan seorang ayah aku leraikan gusar gundah dengan bait esak- ayah faham.
Tiada tertahan, ribut-ribut kehidupan kata ayah hanya ujian dari Tuhan.

Ayah.
Aku buntu.
Bukan ujian ini yang aku raungkan. Tapi kerana engkau yang aku seretkan dalam kancah kepayahan.
Aku hilang bahasa, bagaimana lagi aku cerita.
Ayah, 
Cukuplah-cukuplah ayah jerihmu yang aku perah. 
Bila saja kah aku beningkan harapan seorang ayah?
Oh ayah, hibanya aku dukanya aku.
Andai saja aku ini tidak akan pernah melukaimu.

Sehingga maaf yang kupaculkan dari bibir kali ini,
dengan seribu kali maaf yang terbuku sekian lama di muara sekeping kalbu seorang anak. 
Maaf ayah. 

Aku rindu ayah. 
Jika aku, pintalah aku menjadi seorang anak ayah yang seperti ayah. 
Seperti gigihnya ayah di bawah lembayung Tuhan yang sentiasa mengintai rahmah.
Allah tak kan menjadi sesuatu tanpa hikmah kata ayah. 

Moga-moga aku seperti ayah.
Dalam dingin malam menghembus sukma keimanan, hingga dengan Tuhan yang tersisa hanya keyakinan.
Moga-moga.
Tuhan, tolong jagakan aku seorang ayah ini dalam belaian cintaMu tuhan.
Ameen.

Comments

  1. Hey, are you okay my dear?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah okay.. Thank you awak

      Delete

Post a Comment

Popular Posts