Muslim dari sudut Aqidah 1 :)

Beberapa ketika ini, Allah mengirimkan saya dengan sedikit kegelisahan di jiwa yang membawa saya kembali bertamu di laman murobbi tercinta, Matri.

Bicara murobbi-murobbi yang saya amati sepanjang bersama mereka menyedarkan saya akan masih terlalu lompong rasa percaya dan yakin saya kepada Allah.
Perasaan resah dan gelisah itu lahir dari hati yang tidak berhubung terus dan tidak bergantung penuh kepada Allah. Dari itu, saya sedar mungkin kejelasan tentang aqidah yang masih banyak masalah, masih lemah.

Kesedaran yang sedikit ini menyeret saya untuk kembali membelek risalah Apa Ertinya Saya Menganut Islam, tulisan Fathi Yakan. Mencari jawapan, di mana titik rawatan.






---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BAB 1 : Saya mestilah muslim dari sudut aqidah.


Saya mestilah beriman bahawa : 

1. Pencipta alam ini adalah -  Tuhan yang Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapapun. 


2. Tuhan yang Maha Mulia tidaklah mencipta segala kejadian alam secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan. Mustahil bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan menciptakan sesuatu dengan sia-sia.


3. Allah telah mengutuskan Rasul-rasul dan diturunkan untuk mereka kitab-kitab dengan tujuan mengajar manusia agar mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka, mengetahui asal-usul mereka dan kemana mereka akan kembali. Juga beriman bahawa Nabi Muhammad adalah Rasul terakhir dan dikurniakan kepadanya Al-Quran sebagai mukjizat yg berkekalan.


4. Matlamat kewujudan insan ialah mengenali Allah, memberi sepenuh ketaatan kepadaNya dan mengabdikan diri kepadaNya.


5. Ganjaran bagi orang mukmin yang taat kepada Allah ialah syurga dan balasan ke atas orang kafir lagi durhaka ialah api neraka.


6. Manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. Namun, kebaikan yang dilakukan itu tidaklah berlaku, melainkan dengan taufiq dan i'nayah dari Allah. Manakala amalan jahat pulak tidaklah paksaan dari Allah tetapi iaya termasuk dalam batasan keiizinan dan kehendaknya.


7. Urusan penciptaan undang-undang adalah hak mutlak Allah. Manusia tidak harus sama sekali mendahului atau membelakanginya. Yang dibolehkan hanyalah ijtihad yang ditentukan oleh para ulama'.


8.Berusaha mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah yang layak bg kemuliannya.


9. Berfikir merenungi kehebatan dan kejadian -kejadian Allah, bukan memikirkan tentang ZatNya.


10. Berhubung dengan sifat-sifat kesempurnaan Allah.



-akan bersambung.

Comments

Popular Posts