DEar Qalbu :)





Qalbu ini bagaikan wadah,
 wadah yang paling baik 
adalah wadah yang paling banyak memuatkan kebaikan dan petunjuk,
wadah yang paling buruk 
adalah wadah yang paling banyak memuatkan kesesatan, kerosakan dan dikuasai oleh hawa nafsunya. 

Allah menguji qalbu untuk menentang hawa nafsu
agar yang berjaya menentangnya 
dapat meraih syurga sebagai tempat tinggalnya yang abadi.

 Sebaliknya, orang yang tidak berhak mendapat syurga 
kerana mengikuti hawa nafsunya, 
berhak menghuni neraka yang sangat besar nyala apinya.




 Mereka menjadikan hawa nafsunya 
selalu memerintah kepada keburukan 
sebagai menu dan santapannya
serta menjadikan penyakit 
yang mengganggu-gugat ketenangan jiwanya 
dengan menjauhi ubat penawarnya. 

Allah telah mewajibkan kepada hamba-Nya 
untuk mendurhakai hawa nafsunya 
dan menentang segala keinginannya 
dalam usianya yang pendek ini.

 Allah telah memerintahkan kepada hamba-Nya
 untuk mengekang nafsu syahwatnya yang bila diperturutkan akan membinasakan dirinya.




Allah telah mencipta
 qalbu ini untuk urusan yang besar 
dan mempersiapkannya untuk menjalani
 berbagai cubaan yang berat-berat

Untuk itu, Dia telah menyediakan
 baginya impalan pahala berupa kenikmatan abadi 
yang belum pernah dilihat oleh mata,
 belum pernah didengar oleh telinga, 
dan belum pernah terlindas dalam hati seorang manusiapun.

 ‘KENIKMATAN YANG ABADI TIDAK DAPAT DIRAIH, MELAINKAN MELALUI JALAN YANG TIDAK DISUKAI LAGI PENUH DENGAN SUSAH PAYAH; DAN JALAN YANG MERAIHNYA TIDAK DAPAT DILALUI, KECUALI DENGAN MENYEBERANGI JEMBATAN PENUH DENGAN PENDERITAAN LAGI MELETIHKAN.'


 Allah sengaja menghijabi alam kenikmatan 
ini dengan tirai-tirai yang tidak disukai (oleh nafsu)
untuk memeliharanya dari dicapai oleh orang-orang 
yang berjiwa hina dan
 hanya mengutamakan hal-hal yang rendah dan hina.

Dengan yang demikian,
 yang berjuang untuk meraihnya 
hanyalah mereka yang berjiwa mulia
 dan bercita-cita tinggi.

 Mereka yang membekali diri 
 dengan tekad yang membaja 
dan semangat yang berkobar-kobar 
sehingga dapat menghantar mereka 
untuk meraih tujuan terakhir yang paling mulia.



Mereka memenuhi seruan Rabb 
mereka di saat mereka diserukan dengan ucapan ‘hayya ‘ala falaah’ , 
mereka mengorbankan jiwa mereka 
di jalan yang diredhai-Nya 
dengan pengorbanan yang suka rela 
dan penuh dengan ketulusan;
 dan mereka meneruskan perjalanan  
mereka secara terus menerus 
 untuk sampai kepada-Nya, 
baik di pagi hari, mahupun di petang hari. 



Mereka mengalami keletihan sebentar,
 tetapi mereka memperoleh kesenangan abadi
dan mereka meninggalkan hal yang kecil

Sumber dari  buku Raudhatul Muhibbin tulisan Ibn Qayyim al Jauziyah.

Comments

  1. buntu dgn assignment,tetiba baru terasa nak baca(sori x bca terus haritu).
    anw, jzkillah for the reminder. ya, hanya yg besar2 shja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana faham.. :)
      Esok exam pulak kn..?


      Moga kita terus slg kuat menguatkan, ingat mengingatkan.

      Moga ukhwah ini terus matang di bawah redhaNya.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts