.. Mencari Dia ..



Worshipping 

Di teratak duka ini,
Lukisan dindingnya kian suram..
Kabus dosa masih tidak diusir padam..
Debu-debu terbang mengisi kosong atmosphera terbentang..

Tenaga jasad kumamah, kupapah.. 
Kuperah sehabis sudah!

Namun resah gelisah masih mencengkam jiwa yang menanah..
Merobek cita untuk ummah hingga jadi seakan punah..

Dan akukah yang semakin musnah??

Change
Submitted by AkuMuslim

Dalam hitam gaung ujian ini..
Dalam binggung tercari-cari..
Dalam noda serabut menyelaputi diri..
Dalam rasa ingin mengundur diri..

Diri, janganlah diri..!
 Jangan pergi menjauhi Ilahi..
Kerana Dia sentiasa ada dekat di hati..
Cuma kita yang angkuh untuk merendah diri..

Leburkan ego konon hamba terpuji..
Setakat air mata taubat setitik dipipi..
Sekadar doa seminit mohon hilangkan sepi..
Secuma merapati ilahi dekat seinchi..

Matikan mimpi, teruslah cari solusi...
Semua solusi hanya ada pada Ilahi..
Kembalilah pada Dia Rabbul I'zzati..
Dengan taubat pengikis karat marat pada hati..

.......Nabilah Izzati......

Glen View Villa
Pandan Indah


nota kaki : doakan saya. sedang mencari kekuatan semula sebagai hamba di sisi Dia..


Comments

  1. mudah2an Allah terus menerus mberi kita taufik dan hidayahNya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jazakillah naiemah syg.. moga allah terus jga kita sampai syurga..

      :)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts