IMPAK SPM! Membumikan -->mode : antara redha dan syukur
Post ini saya coretkankan istimewa buat adik2 yang bakal
mengambil keputusan peperiksaan spm 2010. Dengan harapan..moga tenang2lah adik2
menanti jawapan esok yang bakal tiba..
Adik2 harapan ummah..
Nadi ukhwah ini turut sama merasakan getaran yang dirasai
oleh adik2 saat ini. Kerana langkah ini juga pernah melalui detik2 itu. Detik
sebuah noktah perubahan tercipta. Detik Allah menyampaikan kasihNya buat kita
yang bergelar hambaNya. Detik semua penantian kita tiba di akhirnya. Detik doa2
kita mendapat jawapan dari Allah.
Esok dan Jawapan doa dari Allah
Benarkah Allah bakal membenarkan permintaan kita. Benarkah
perit jerih kita selama ini kan terbayar pahitnya? Benarkah hari esok akan
membungakan wajah ibu dan ayah. Benarkah hari esok ceria pelangi akan terus
menyinari hidup kita? Benarkah hari esok cita2 dan harapan bukan lagi sekadar
bicara? Benarkah hari esok dunia masih bermakna untuk kita?
Atau esok menanti satu ujian lagi. Ujian setelah beribu ujian
dilalui. Ujian demi ujian. Ujian yang pasti membuatkan kita karam dalam lautan
kedukaan andai tidak perpaut pada keyakinan pada janji2 tuhan..
Adik2 generasi islam hakiki,
Sama2 kita koreksi diri. Sebagai hamba apalah saja yang
kita punya. Tiada. Sedang Allah Pemilik segala.
Maka. Dalam kegelisahan, dalam getaran ini mari sma2 kita
mendampingiNya untuk memgemis secebis simpati agar esok lebih bererti. Bukan
bererti kerana kejayaan yang dimiliki, tapi bererti kerana Kasih dan redhaNya
sentiasa menemani. Bereti kerana jawapan dariNya bukan sekadar natijah
peperiksaan tp sebuah nokhtah perubahan. Jawapan doa yang mendekatkan lagi kita
sebagai hamba dengan Dia, pemilik jiwa. Jawapan yang menyegarkan jiwa agar
terus subur di ladang dakwah dan tarbiyah. Jawapan yang membuatkan kita lebih
yakin bahawa hidup ini ada yang punya. Jawapan yang membuatkan kita sedar hidup
di dunia bukan semua ceria agar kita lebih tertarik dengan keindahan di syurga
yang abadi selamanya. Jawapan yang membuatkan kita lebih mengenali diri sebagai
hamba Dia yang paling Berkuasa.
Natijah peperiksaan esok bukanlah segala-galanya. Namun
sekadar kayu ukur sejauh mana kita sebagai hamba dalam meyakini Allah yang
mencorakkannya dalam sesudut ruang dalm hidup kita.
Andai Esok Natijah Peperiksaan Indah
Bergembira dan berterima kasihlah kepada Dia yang
menghadiahkan. Syukur. Penuh yakin ia sekadar pinjaman bahagia dari tuhan yang
Esa. Dan kita sebagai hamba kena terus meminta agar bahagia ini bukan sebentar
sahaja, bukan sekadar itu sahaja tapi bahgia kekal sampai syurga biar ia bhagia
yang menjadikan jiwa lebih akrab dengan Dia, Pemilik Syurga.
Natijah Peperiksaan bukan menggambarkan segalanya tentang
jawapan dari allah. Sekadar ujian tahap syukur kita sebagai hamba. Usah menduga
kejayaan selamanya kerana ia skadar pinjaman dariNya. Terus bersyukur dan
bersyukurlah. Kerana kita hanya hamba dan selamanya akan terus menjadi hamba.
Andai Esok Natijahnya Memberi Duka
La tahzan. Redha. Sabar dan terus sabar. Allah x pernah
zalim terhadap hambaNya. Bukan bererti Allah x menjawab doa kita tapi Allah kan
Maha Mengetahui. Allah menjawab doa kita dengan hikmahNya. Allah Maha
bijaksana. Ada yang lebih baik Allah sediakan kita di hari mendatang. Andai
sabar kita tebalkan, andai redha kita kukuhkan dalam hati nescaya cinta dan
kasihNya pasti kan dirasai. Percayalah adik2.
Saya telah merasai. Kerana itu coretan ini dikongsi.
Jangan ditangisi kegagalan ini, kerana hakikatnya ini bukanlah pengakhiran untuk segalanya tetapi permulaan kepada sebuah perjalanan baru mencari dan mengenal tuhan pemiik alam.
Jangan ditangisi kegagalan ini, kerana hakikatnya ini bukanlah pengakhiran untuk segalanya tetapi permulaan kepada sebuah perjalanan baru mencari dan mengenal tuhan pemiik alam.
Redha dan terus redha. Positif dengan Allah kerana di
situ terletak kunci ketenangan dan kekuatan untuk meneruskan lagi perjalanan
munuju Ad’n..
Penutup
Adik2 tercinta ku, pejuang agama..
Jangan terlalu takut akan lukisan masa hadapan. It has not
even created yet. Give your best for today, then allah will give you a better tomorrow.
Have faith. Esok pasti lebih baik andai setiap nafas hanya untuk allah, setiap
amal hanya untuk deenNya, setiap pengorbanan hanya untuk meneruskan risalah
rasulNya, setiap kelelahan hanya untuk ummah tercinta. Berbekallah adik2ku
untuk hari esok.
Sediakan jiwa untuk terus redha dan syukur. Ujian mematangkan iman, mengangkat darjat hamba kepada tuhan. Moga esok dipermudahkan jalan menuju bahgia bersama cintaNya. Redha dan syukur walau apa dari Dia. He know the best for us. Bittaufiq wannajah.
Sediakan jiwa untuk terus redha dan syukur. Ujian mematangkan iman, mengangkat darjat hamba kepada tuhan. Moga esok dipermudahkan jalan menuju bahgia bersama cintaNya. Redha dan syukur walau apa dari Dia. He know the best for us. Bittaufiq wannajah.
Comments
Post a Comment