Dai'e Famili..
Simbahkanlah sinar dan cahayaNya dalam keluarga ..
![]() |
# Adik, teman kakak masuk syurga ya..? # |
Benarlah kata orang, nikmat itu lebih dapat dirasai bila ia tiada lagi.
Benar jugalah kata orang, manis itu akan lebih susah dicari ganti andai tidak dihargai.
Dengan itu, beryukurlah dengan nikmat dan rasa manis yang masih berbaki ini.. :)
Dengan itu, beryukurlah dengan nikmat dan rasa manis yang masih berbaki ini.. :)
.........................................................................................................................................................................................
Baru hampir seminggu berada di rumah tanpa ketiadaan umi dan ayah yang pergi menunaikan haji. Syukur kerana umi dan ayah dipilih Allah ke rumahNYa. Sungguh, Dialah pemilihnya, penjemput mereka ke sana. Alhamdulillah. Moga peroleh 'haji mabrur' ya umi ayah. :)
sikit saja rasanya
Setelah dihitung-hitung, banyak juga masa yang telah dilaburkan untuk mengurus, menjaga dan mendidik adik-adik sepanjang tempoh itu. Tempoh ketiadaan dua insan pembakar semangat di kalbu. Ya, tempoh singkat di mana saya belajar untuk lebih merasai dan tambah yakin dengan sesuatu.
Sesuatu itu.
Benar.
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ
'' Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.. ''
(At- Tahrim : 6)
Bukankah mereka yang paling hampir? Maka, serulah!
Kadang, kIta terlalu memandang jauh. Jauh di balik sesuatu yang lebih utama. Menembusi apa yang sepatutnya dipandang terlebih dahulu.
Kita lebih memilih untuk melihat mereka di luar sana. Ya, mereka. Ummah yang dahagakan petunjuk dan hidayahNya. Masyarakat keliling yang aliran darahnya tidak serupa dengan kita.
Kita lebih mengutamakan mereka untuk diseru ke syurga. Kita dahulukan mereka untuk diajak mendekati yang Maha Esa. Kita awalkan mereka untuk dibawa ke jalan benar menuju redhaNya.
Namun..
Sedarlah,
Kita juga punya mereka yang jauh lebih dekat hubungannya. Mereka yang mengadakan kita di dunia. Melahirkan dan membesarkan. Juga mereka-mereka yang lahir dari perut yang sama cuma berbeza masa. Berkongsi ibu dan bapa. Kita ada mereka dan mereka ada kita. Bukankah?
Ya. Merekalah. Ahli keluarga kita.
Di posisi itu, kita harus bermula.
أصلح نفسك و ادع غيرك .. ..
‘ Baikilah dirimu DAN serulah orang lain ’
Bermulalah dengan mendidik dan memperbaiki diri sendiri. Bentukkan diri kita ini agar menjadi individu muslim yang hakiki. Dan bersama-sama itu, serulah ahli keluarga juga untuk meniti jalan itu sekali.
Berlangkahlah seiringan. Telusurilah ranjaunya yang jauh dan panjang. Kerana itu, kita harus berpengang tangan. Agar mereka dan kita tidak lama kecundang.
'' Kitakan keluarga? Mestinya ke syurga bersama.. ''. Iyakan?
Keluargalah yang lebih utama, yang harus diajak ke syurga.
“Dan berilah peringatan kepada kerabat kerabatmu yang terdekat”.
(Asy-Su’araa :124).
“Ajarkanlah dirimu dan keluargamu Al-Khair (perkara yang baik) dan bimbinglah mereka”.“
(Ibnu Munzir dan Al-Hakim)
Jika kita seorang bapa, ajarkan dan bimbinglah anak-anakmu dengan tegas dan hikmahnya Rasullah.
Jika kita seorang ibu, ajarkan
dan bimbinglah anak-anakmu dengan lembutnya Saidatina Khadijah.
Jika kita seorang abang, ajarkan dan
bimbinglah adik-adikmu dengan qudwah hasanah.
Jika kita seorang kakak, ajarkan dan
bimbinglah adik-adikmu dengan indahnya kalamuallah.
Jika kita seorang adik, hiburkanlah
gundah kakak-kakak dan abang-abangmu dengan akhlak islamiah.
Jika kita seorang anak, taat dan
patuhlah dalam menjalankan perintah ibu dan ayah kerana itulah suruhan
Allah.
..........................................................................................................................................
Mahu ke syurga bersama kan..? Oleh
kerana itu, perlu saling membimbing dan menguatkan. Nasihat-menasihatkan.
Lengkap-melengkapkan.
Ajaklah mereka atas nama cinta
berkeluarga. Atas nama kasih bersaudara.
Insyaallah bahagia makin terasa.
Adik-adik saya yang selalu buat saya bahagia.
# Moga menjadi pejuang agama ya semua..! :) # |
Alhamdulillah. Allah memilih saya sebagai seorang kakak kepada lima orang adik. Adik pertama, Afiq Hadi. Tahun 1 ijazah Usuluddin di Jordan. Kedua, Nurul Iffah. Lepasan PMR di IBRAH. Ketiga, Muhammad Wafiy. Tingkatan 1 di Masdar. Keempat, Muhammad Lutfi. Darjah 4 di sekolah rendah yang sama dengan saya dahulu. Dan yang paling kecil dan comel, Nur Imtiyaaz. Baru 6 tahun. :)
Adik-adik saya, penghibur lara saya.
Walaupun ada kala, banyak juga ragamnya, namun, ragam itu biasalah kan. Selagi tak ditegah dalam agama, tak apa. Masih terjaga.
Ragam-ragam mereka penyeri duka, penambah ceria saya.
Cuma, kita manusia. Memang diciptakan sebagai hambaNya yang sederhana. Ada kurangnya. Ada tak sempurna merata. Kadang, tertinggi suara. Termarah yang tak sepatutnya. Terlalai sama-sama.
Kerana itu, kita perlu saling memelihara. Saling menjaga. Saling mengingatkan pada Dia.
Dan, usrah keluarga juga perlu dijadikan 'check list' utama. Tak selalu pun tak mengapa. Mungkin ada masa, susah nak bersama. Tapi, kenalah konsisten sentiasa. Janji berkala.
Eratkan ukhwah dan tali persaudaraan
sesama ahli keluarga.
Solat sama-sama. Baca Al-Quran sama-sama. Puasa
sama-sama. Riadah sama-sama. Belajar sama-sama. Tengok ‘movie’ sama-sama. Dan
banyak lagi. Kan?
Yang boleh dibuat sesama gender pula
: Tidur sama-sama. Mandi sama-sama. Masak sama-sama. Lawan gusti sama-sama. Eh?he :)
Nasihat di atas itu lebih saya tujukan untuk diri saya.. :)
Penutup : Serulah kerana Tuhanmu yang Satu
Menilai hidup ini, memang cukup buat
kita keliru. Mana satu yang perlu dijejak dulu? Mana yang tak harus langsung
kita buru?
Pandanglah ke hadapan dengan harapan
menuju syurga impian.
Idamkan syurga. Dan bertindaklah!
Panahlah syurga. Bukan untuk kita
seorang sahaja, tapi buat ahli keluarga kita bersama. Juga buat mereka-mereka
lain yang kita cinta. Panahlah bersama-sama.
Serulah dirimu, keluargamu dan
sesiapa saja yang kau mahu kepada Tuhanmu yang Satu.
Serulah kerana Tuhanmu!
Mabruk!!!
ReplyDeletePadat dan sarat dengan manfaat.
Saya ingin mencontohi awak..
Jazakillah atas peringatan.
afwan.
Deleteyang tudung biru tengah tu adik jugak ka? heh
ReplyDeletehaila mak cik ni..
Deletetu bakal mak mentua awak cik nina..:)
uhuk! sori kaklong..
Deletehaish.. :)
DeleteSuka membaca ini.
ReplyDeleteteruskan menulis.
thats right!!
ReplyDeletekadang2 kita aim yg jauh..sedangkan yg dekat belum dpt kita pegang.
syurkn ats perkongsian^^
afwan khaulah sayang.. :)
DeleteMabruk akak!!!!! mga akak terus istiqamah n teruskn mujahadah dlm menyampaikan dakwah....mga allah redha.. <3
ReplyDeletebaiklah adikku ipah.. <3 <3 <3
Deletemoga allah redha ipah jgk... :)